Bukan Zaman Abrahah

Lupakah kita bahawa kita telah diludah dan dipijak sejak berzaman lamanya?

Umat ini sudah merasakan segala bentuk penindasan dan penghinaan dari seluruh dunia sehingga manusia beragama manapun yang melihat akan selalu simpati dengan kedudukan kita kini; Lemah, terkebelakang, ditindas…

Bukankah sepertinya Tuhan tidak adil?

Dia seharusnya menyebelahi kita!

Seharusnya Dia menurunkan ‘Burung-Burung Ababil’ dan ‘Banjir Besar’ buat menghancurkan mereka yang zalim kepada umat Islam.

Tidakkah Tuhan itu selalu adil?

Ingatkah kita tentang sebuah kisah raja Abrahah, yang datang dari Yaman dengan tentera bergajahnya untuk menghancurkan Ka’abah?

Ingatkan kita akan ungkapan kata-kata Abdul Mutallib yang popular:

“Sesungguhnya, aku hanya Rabb (pemilik) unta-unta itu, sedangkan Baitullah itu empunya Rabb, yang akan menjaganya…”

Tatkalah kaabah di saat untuk serang oleh Abrahah, penduduk Mekkah menunjukkan sikap pasif. Mereka bersembunyi di kaki-kaki gunung, mengosongkan kota Mekkah, dan menyerahkan sepenuhnya kepada Abrahah agar ia, bala tentera, dan pasukannya yang mengendarai gajah memasuki dan meluluhlantahkan Ka’abah.

Timbul persoalan, mengapa burung-burung Ababil tetap turun kepada kaum yang mempunyai sikap pasif dan pengecut?

Sebabnya, sudah menjadi Sunatullah dalam memusnahkan kaum yang zalim dengan perkara-perkara yang ajaib, sebelum kelahiran Manusia Agung. Peristiwa ‘tentera bergajah’ merupakan peristiwa terakhir dalam menolong agama Allah dengan cara yang luar biasa. Setelah itu, syariat tersebut ditegakkan dan sering bergema dengan jelas dalam bacaan-bacaan solat kita:

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)

Kaum muslimin terlebih dahulu dituntut beramal dan berbuat secara tulus ikhlas kepada Allah semata-mata dan sesuai tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Jika kita telah mempersembahkan kerja keras dan amal, nescaya Allah akan menurunkan bantuan serupa dengan ‘Burung Ababil’ untuk membantu kita menghapuskan musuh.

Ini merupakan sunatullah yang baru dan khusus hanya untuk umat Muhammad sehingga akhir zaman nanti.

Tidak akan ada perubahan dan penyimpangan darinya.

Kerana itu penantian dari sebahagian umat Islam untuk melihat bagaimana bentuk pembalasan Allah atas orang-orang yang zalim hanyalah penantian yang teramat panjang dan sia-sia.

‘Burung Ababil’ dan pertolongan lainnya tidak akan turun kecuali dengan usaha dan perjuangan dari setiap individu muslim.

Allah telah memberikan aturan-aturan yang jelas dalam melakukan perubahan dan keberadaannya berbeza sesuai tahapan yang dilalui oleh kaum muslimin. (rujuk ISK)

Masih ingatkah saudara pada kisah-kisah peperangan Baginda?

‘Burung-burung Ababil’ tidak juga kunjung turun menghapuskan kaum kafir dan mencegah pertempuran terjadi !!!

Sunatullah baru telahpun bermula, dan pasukan muslimin menyahutnya dengan keyakinan. Mereka mula mengatur strategi sebaik mungkin untuk melunaskan dan memenuhi syarat untuk meraih kemenangan, dan kemudiannya memanjatkan doa kepada Allah. Setelah melalui penderitaan, luka yang mengoyak, darah yang bersimbah, dan gugurnya satu demi satu syuhada, barulah pertolongan Allah hadir di medan jihad.

Sedarlah saudaraku, bahawa kini bukan lagi zaman Abrahah. Tidak cukup jika hanya dengan menadah tangan dan berdoa ataupun membaca beberapa surah dari Al-Qur’an, akan dapat mengubah situasi di bumi umat islam. ‘Burung-burung Ababil’ tidak akan turun untuk membinasakan kaum yang zalim jika kita hanya bersembunyi di balik kaki-kaki gunung.

Rujukan :
Al-Qur’an
Laisa fi zaman Abrahah, oleh Dr. Raghib As-Sirjani
Al-Jazeera Network News

di sunting daripada:

http://yazidsahak.blogspot.com

Buat Teman Seperjuangan

Sajak oleh
Asy Syahid Sayyid Qutb sebelum syahid di tali gantung

Sahabat,
Andainya kematianku kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka di atas tulang belulangku yang sudah luluh
Nyalakanlah obor untuk umat ini
Dan …
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Allah
Terhampar menanti
Burung burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku disana

Sahabat,
Puaka kegelapan pasti kan lebur
Fajar kan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana … cahaya fajar memancar

Al-Maghfurulahy Al-‘Arif Billah
Asy-Syahid Sayyid Ibnu Qutb Ibrahim
Isnin 13 Jamadil Awal 1386

Antara Dua Sujud: Sujud Pembebasan

Dari Buku Muntalaq Oleh Muhammad Ahmad Ar-Rasyid

Syiar dan simbol seorang Islam ialah sujud kepada Allah. Sujud yang meninggikan hati. Syiar dan simbol golongan jahiliyyah ialah sujud kepada kebendaan dan seks yg mematikan hati. Sesungguhnya sujud muslim yang sejati kepada Allah itulah lambang ketinggian dan kemuliaan, syiar kemerdekaan dan enggan menuruti segala taghut.

Sujud Pembebasan

“Sujud itu menundukkan dahi, tetapi
Memuliakan dan meninggikan muslim yg bertasbih padaNya
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yg memusnahkan segala belenggu-belenggu itu

Padanya, semua makhluk akan tunduk kepada muslim yang sujud
Seluruh Alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya
wajah dan seluruh anggotanya melekat di bumi
Tetapi ia menggoncangkan gunung-ganang
Meruntuhkan syirik dan was-was di dalam diri,
tetapi ia juga membangunkan generasi-generasi

Dalam diam, kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaranNya
Sujudnya hanya kepada Allah, ia mengesakanNya, lalu mantap dan kuat
Menghapuskan setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi,dengan keagungannya,
rahmat dan keindahannya“

-Abdul Wahab Azam-

Itulah sujud pembebasan. Seorang muslim itu dapat menghancurkan belenggu nafsunya dengannya lalu dia menjadi manusia yang merdeka. Manusia akan sentiasa menderita, kelam-kabut, bimbang dan sakit selagi mereka tidak sujud seperti sujud ini dan berpegang dengan akidah Islam ini.

Erti Sujud Kepada Jiwa

Cahaya Di Wajah Ummat

Di sunting dari buku Untukmu Kader Dakwah (Ust. Rahmat Abdullah)

Dalam suatu kesatuan amal jama’ie, ada orang yang memperoleh nilai tinggi kerana dia betul-betul beramal dengan tuntutan dan adab amal jama’ie. Kejujuran, kesuburan,kejernihan dan kehangatan ukhuwahnya benar-benar terasa. Kehadirannya mengghairahkan dan mententeramkan jiwa. Namun perlu diingat, walaupun kita telah bekerja dalam jaringan amal jama’ie, namun pertanggungjawaban amal kita akan dilakukan di hadapan Allah SWT secara sendiri-sendiri (perseorangan).

Kerananya jangan sesekali ada kader (daie) yang mengaitkan/mengandalkan dirinya kepada kumpulan-kumpulan besar tertentu tanpa berusaha meningkatkan kualiti dirinya. Ingat suatu pesan Rasulullah SAW:

Man abtha-a bihi amaluhu lam yusri’ bihi nasabuhu
(Siapa yang lambat beramal tidak akan dipercepat oleh nasabnya )

Makna tarbiyyah itu sendiri adalah menuntut seseorang itu lebih berdaya saing, bukan terus-menerus menempel-nempel dan bergantung kepada orang lain. Meskipun kebersamaan itu merupakan sesuatu yang baik tetapi ada saat dan ketikanya kita tidak akan dapat bersama (berpisah), sebagaimana sunnahnya. Sebab kalau mahu, boleh sahaja para sahabat Rasulullah SAW menetap dan wafat di Madinah, atau terus-menerus beribadat di Masjidil Haram yang nilainya sekian ratus ribu gandanya atau di Masjid Nabawi yang pahalanya sekian ribu kali lipatnya. Tetapi mengapa makam para sahabat tidak banyak berada di Baqi atau di Ma’la. Tetapi makam mereka banyak bertebaran jauh, beribu-ribu kilometer dari tanahair tumpah mereka.

Sesungguhnya mereka (para sahabat) mengutamakan adanya makna diri mereka sebagai perwujudan (sesuatu yang dapat dilihat) sebagaimana firmanNya:

Kamu adalah sebaik-baiknya ummat yang ditampilkan untuk ummat manusia. (3:110).

Ummat yang terbaik bukan untuk di sembunyikan tetapi untuk ditampilkan dan ditonjolkan kepada seluruh ummat manusia. Inilah sesuatu yang sangat perlu kita fahami dan hayati. Kita semua beramal tetapi jangan sesekali kita larut dalam kesendirian (beruzlah). Hendaklah ketika kita bersendirian, kita selalu mencari cahaya hidayah dan seterusnya menjadi cahaya pelita yang menyinari lingkungan sekitarnya.


Jangan sesekali ada lagi kader yang mengatakan,

“Saya jadi futur begini kerana lingkungan/suasana ini di sekitar saya”.

Mengapa tidak berkata sebaliknya,

“Kerana lingkungan/suasana seperti ini, saya harus mempengaruhi lingkungan itu dengan pengaruh yang ada pada diri saya”.


Seharusnya di mana sahaja pun kita berada, kita harus berusaha membuat kawasan-kawasan kebaikan, kawasan cahaya, kawasan ilmu, kawasan akhlak, kawasan taqwa, kawasan al-haq, setelah kawasan-kawasan tersebut sebelum ini menjadi sempit dan gelap oleh kawasan-kawasan jahiliyah, kezaliman, kebodohan dan hawa nafsu. Demikianlah ciri kader kita, di mana sahaja pun dia berada pasti tidak putus-putus memberi makna kepada kehidupan. Seperti sejarah dakwah ini, tumbuh daripada seorang, dua orang kemudian menjadi beribu-ribu atau berjuta-juta orang.

Sangat indah ungkapan Imam Syahid Hasan Al Banna,

“Antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah”.

Kamu adalah ruh baru, kamu adalah jiwa baru yang mengalir di jasad ummat ini, yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Qur’an.

Semoga para kader sentiasa mendapatkan perlindungan dan bimbingan dari Allah SWT di tengah-tengah derasnya arus dan badai perosakan ummat. Kita harus yakin sepenuhnya akan pertolongan Allah SWT dan bukan yakin dan percaya pada diri sendiri. Masukkan diri ke dalam benteng-benteng kekuatan usrah atau halaqah di tempat dakwah melingkar/bertumpu dalam suatu benteng perlindungan untuk terjun ke arena pertarungan antara Haq dan batil yang sengit dan menuntut pengorbanan serta kesungguhan.

Di sanalah kita mentarbiyyah diri kita dan generasi mendatang. Inilah sebagian kisah kesedihan ummat yang berkepanjangan, dengan munculnya generasi baru. Generasi yang siap memikul beban dakwah dan menegakan Islam. Inilah harapan baru islam bagi masa depan yang lebih gemilang, dibawah naungan Al-Qur’an dan cahaya Islam rahmatan lil alamin.

Ku Ingin Gapai Sang Pelangi

Harakah Islamiyyah: Satu Tuntutan
Oleh: Dr. Yusuf Al-Qardawy

Perselisihan Pendapat:

Salah satu ciri terpenting bagi sebuah perkumpulan Islam ialah hubungan yang erat di antara ahli anggota-anggotanya, yang diasaskan kepada kesatuan aqidah, kesatuan matlamat, kesatuan organisasi dan kesatuan kefahaman di samping perasaan kerohanian yang lahir daripada keimanan yang menjadikan setiap muslim itu memandang saudaranya itu sebagai dirinya sendiri.

Sekiranya ciri ini hilang, maka terdedahlah perkumpulan Islam kepada pelbagai kelemahan yang tidak dapat diatasi lagi. Akhirnya ia menjadi sebuah pergerakan yang pada zahirnya kelihatan seperti bersatu-padu akan tetapi ia sebenarnya adalah terdiri daripada pelbagai gerakan yang berbeza dan berlainan, terbit hasil daripada salah faham dan perbezaan kesetiaan atau perselisihan matlamat dan sebagainya. Hal ini akan menyebabkan retaknya asas perpaduan pada fikiran dan perasaan, diikuti pula oleh kepincangan tindak-tanduk dan organisasi dalam pergerakan.

Ini diingatkan oIeh Allah dan RasulNya dengan firmanNya yang bermaksud:

“Jangan kalian bertelingkah kelak kalian gagal dan hilang keharuman nama  kalian. ” (Anfal:46)

Pengasas Harakah Islamiyyah di zaman moden ini iaitu Asy- Syahid Hasan Al-Banna, seringkali mengingatkan kepada pengikut-pengikutnya supaya jangan berpecah-belah.

Antara ucapannya:

“Aku tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh-musuh kamu, tetapi yang aku bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Aku tidak takutkan ancaman arang-orang Inggeris terhadap kamu atau  orang-orang Amerika atau Russia atau sebagainya. Yang aku takutkan ialah kamu melakukan dua perkara iaitu:

(a) Kamu semua mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu
(b) Kamu berpecah-belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi.